Langkau ke kandungan
PK VIP

Terma penggunaan

Kemas kini 18 November 2026

Akaun

Akaun dibuka melalui log masuk Google. Satu akaun untuk satu orang. Jangan kongsi akaun — akses boleh ditarik kalau dikongsi.

Keahlian VIP

Keahlian VIP ialah bayaran sekali untuk akses 365 hari. Tiada tolakan automatik dan tiada langganan bulanan. Bila tempoh tamat, kandungan VIP terkunci semula sehingga anda sambung.

Ahli VIP yang membeli akses seumur hidup sebelum sistem ini dikemas kini kekal seumur hidup.

Kursus dan app

Kursus yang dibeli satu-satu kekal terbuka untuk anda. App whitelabel yang dibeli kekal milik anda, termasuk selepas keahlian VIP tamat. Yang berhenti selepas tamat hanyalah kemas kini versi baharu dan video setup.

Bayaran dan pemulangan

Bayaran dibuat melalui transfer bank atau QR, kemudian resit dimuat naik dalam sistem. Akses dibuka selepas kami sahkan.

Jaminan 7 hari: kalau dalam 7 hari selepas akses dibuka anda rasa ini bukan untuk anda, hubungi kami melalui WhatsApp dan kami pulangkan bayaran anda.

Kandungan

Semua prompt, bot, video dan bahan di dalam PK VIP adalah untuk kegunaan anda sendiri. Jangan jual semula, edar atau kongsi kepada bukan ahli, kecuali app whitelabel yang memang dijual dengan hak jual semula.

Penggunaan yang dibenarkan

Anda tidak boleh berkongsi akaun, memuat turun kandungan secara pukal, atau menggunakan sistem untuk aktiviti menyalahi undang-undang. Pelanggaran boleh menyebabkan akses ditamatkan tanpa bayaran balik.

Had liabiliti

Kandungan disediakan "seadanya" untuk tujuan pembelajaran. Kami tidak menjamin hasil kewangan tertentu. Liabiliti kami terhad kepada jumlah yang anda bayar kepada kami dalam tempoh tiga bulan sebelum tuntutan.

Penamatan dan pemadaman akaun

Anda boleh minta akaun anda dipadam pada bila-bila masa melalui WhatsApp. Rekod bayaran yang perlu disimpan untuk perakaunan akan dikekalkan seperti dinyatakan dalam Notis Privasi.

Undang-undang yang terpakai

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian akan cuba diselesaikan secara baik terlebih dahulu melalui WhatsApp atau emel.

Hubungi kami

WhatsApp: 0144003732